Skip to main content

erti bahagia

haritu aku ada tulis pasal tok aku kan..
lani dia masih duduk di rumah mama..
tapi asyik dok cakap nak balik duduk umah dia nun di kg..
aduh.. bila dia kata nak balik terus kami sebak..
yelah dia kan sakit..
pastu dok nak balik jugak duduk umah sorang2
or at least she wants to bring along mom's maid..

bila abah aku dapat tahu..
harus ler dia sedikit bising...
bukan marah tapi dia risau..
aku tau abah amat risaukan keadaan ibunya itu..
dan abah sedang berusaha utk memulihkan semula ibunya..
tadi tok cakap dia nak balik rumah..
abah aku cakap biarlah duduk di sini dulu..
lagipun di kg tu siapa yang nak jaga..
tok cakap "takpa aku boleh duduk sorang"
...

aku akui selepas arwah wan meninggal..
tok mmg duduk sorang di umah..
kadang2 mak long aku atau sepupu aku akan pi teman..
kebiasaannya di waktu malam...
yelah orang tua..
di mulut mmg kata berani..
tapi kita fikirkan sakit pening dia..
kot nanti jatuh ke apa ker..
tu pasal orang nak temankan..

dan tok mmg tak boleh duduk diam..
sepanjang ingatan aku..
tok mmg buat kerja rumah sendiri..
tapi sejak dia sakit nih..
orang lain kena bantu..
dan aku rasa tok tak suka dengan keadaan itu..
mama aku pun setuju dengan pandangan ini..

tadi abah tinggikan suara pada ibunya..
aku tahu abah bukan sengaja..
sebab dia buat begitu sebab dia nak ibunya faham
yang dia sayangkan ibunya..
dan dia inginkan ibunya kembali sihat..
abah cakap dekat tok..
"cek tau tak elok cakap macam nih"
"tapi mak pun kenalah faham"
"orang nak bagi mak tu baik dulu"
"ni kalau sakit nak duduk umah sorang2 sapa nak tengok"

aku yang mendengar jadi sebak..
pelan2 aku urut kaki tok dan cakap ngan tok
"tok duduklah sini dulu.. nanti kalau dah kuat baru tok balik na"
mujur aku tak nangis.. walaupun dalam hati aku rasa air mata dah mengalir deras..

aku harap aku mampu jadi anak yang baik kepada ibu bapa aku..
aku harap jugak aku cucu yang baik buat dua orang nenekku..
aku jugak berharap agar anak2 aku kelak akan jadi anak2 yang pentingkan ibu bapa lebih dari segalanya..

sebab bagi aku kemewahan tak menjanjikan apa-apa..
kebahagiaan yang pasti adalah kasih sayang dan doa seorang anak buat ibubapanya serta doa dan kasih sayang dari ibu dan bapa buat anaknya..

Comments

Popular posts from this blog

something...

Fuhh settle satu bab.. tapi yg menunggu masih ada lagi few things.. but now time to rest kejap.. lgpun mau dengan kerja nih tak pernahnya habis.. so yeah take it easy nooo.. wow, cepat jer kan masa berlalu... dah nak habis penggal persekolahan 2016.. (ayat standard cikgu2 menjelang hujung tahun)

Alhamdulillah quite a lot of things happen, byk benda yang tak jangka tapi syukurlah terima semua tuh sebagai ilmu dan rezeki yang Allah kurniakan.. in shaa Allah will do my best in all.. thanks atas kepercayaan yang diberikan..




something we're organizing for this coming December... ahli keluarga sebelah mama dari Selangor akan datang untuk family day di Perlis.. yeah it's our time to handle the program.. In shaa Allah we're planning for the best. Place to stay dah booked, now nak plan for activities pulak..




aktiviti setiap hujung minggu, in shaa Allah selagi ada daya dan kesihatan yang baik akan pi laa jenguk dorang.. mau x pi rasa something pulak.. praying they will be able to a…

Hari Keluarga AzizBanon 2016

hi all..  so last Saturday until Monday was our family day.. semua (almost laaa) adik beradik sebelah mama was here in Perlis.. kitaorang jadi host pulak tahun nih...
so we decided to have it at Tasoh Lake Resort

check tempat penginapan..




Lunch dekat Anjung Keli on Saturday..
puas hati semua makan sama2, bukan senang nak dapat kumpul gini..

lepas tu gi solat dekat Masjid Terapung Kuala Perlis... lepas Asar baru kami gerak check in dekat resort.. once da settle check in then semua rehat and jalan2 dekat Karnival Horey Horey yang kebetulan berlangsung sepanjang family day kami kat sana..


solat Maghrib dan Isyak berjemaah dan lepas tuh buat majlis bacaan Yassin dan tahlil...
seronok dapat gathering gini..

Day 2
aktiviti morning walk area Tasoh,


pastu gi Gua Kelam


lepas tuh petang pulak ada Sukaneka..
tq to Hn dengan team sebab incharge sukaneka yang happening sangat


dan malamnya pulak ada makan malam dan BBQ..


dan ucapan penutup dari Pengerusi

more pictures

https://www.facebook.com/azli…

owh bulannnn

#supermoon
thanks to Hn sebab bawa kami keluar tengok bulan malam nih..  amboiiii macam sebelum nih tak pernah keluar.. alkisah malam nih special laaa sikit kan sebab fenomena nih..

 tengok live tapi kagum.. SubhanAllah mmg cantik sangat..  tapi sebab  nak jugak simpan sebagai kenangan amiklaa gambar walaupun dalam gambar tak banyak beza dengan bulan2 yang sebelum nih
but yeah at least for my very own memory..


bolehlaaa kan...