Go confidently in the direction of your dreams! Live the life you've imagined.

December 04, 2008

Interview SPP Finale

so akak tadi pun dengan linangan air mata terpaksa balik..
sebab dah sah2 mmg dokumen dia tak lengkap n tak boleh ditemuduga...

so dipendekkan citer tibalah giliran aku..
huhu..
punyalah gabra sampai memula ingat nak baca lah ayat kursi ke apa kan..
terus tak terbaca..

ketuk pintu bilik temuduga dan bagi salam..
then masuk..

Dato' tu persilakan aku duduk..
biasalah ucapler tima kasih kan..
then..

'Nama.'
'Normima Azlina bt Abdul Majid' pendek jer aku jawab tapi yang pasti jelas...
'Sekolah mana'
'Sekolah Kebangsaan Tambun Tulang, Arau, Perlis' jelas...
'Aik dekat sini tulis Sk Seri Besout, Sungkai.. macam mana'
'Saya dah bertukar ke Perlis Dato' gabra beb..
'Macamana boleh cepat sangat tukar nih... pakai kabel apa yang dapat balik Perlis nih' Dato' tu muka dia mmg serius sangat time nih.. takut aku...
'Saya cuma isi borang dan ikut segala prosedur yang disuruh.. takde pakai kabel2 Dato' aku jawab dengan perasaan dup dap dup dap...
'Bila balik Perlis'
'Bulan 6' pendek jer aku jawab..
'Hmm ok... ada belajar ilmu pendidikan di maktab'
'Ada Dato' adoiii pendek lagi jawapan aku..
'Maktab mana'
'Institut Perguruan Sultan Abdul Halim, Sungai Petani'
'ooo di Sungai Petani.. apa yang awak belajar dalam ilmu pendidikan'
erksss aku cam tetiba ingat2 lupa...
'Belajar pasal pedagogi, teori-teori, pengurusan....'
'Ada belajar pasal teori pembelajaran kan' potong Dato'.. sebab mungkin dia perasaan aku cam tak baper nak ingat...
'Ada'
'Cuba ceritakan salah satu teori pembelajaran yang awak tahu'
alamak... camner yer... aku mmg tak ingat.. tadi masa kat luar mmg ada dorang dok sembang pasal teori pembelajaran.. tapi aku takut salah..
'Teori pembelajaran..hmm'
'Yelah teori pembelajaran.. contohnya pembelajaran berkumpulan, cooperative learning' Dato' tu mencelah lagi...
'Teori Pembelajaran Berkumpulan adalah.... bla..bla..bla...' time nih aku mmg goreng.. tapi aku rasa sebab benda nih mmg diaplikasikan di kelas so aku rasa walaupun tak sebetul sejibik ikut buku tapi itulah yang aku buat...
'Bagus... ada praktikkan di sekolah tak teori nih'
'Ada' lerrr pendek lagi jawapan aku..
'Cuba bagi cth.. Awak mengajar apa di sekolah...'
so aku bagitau dekat Dato' tu aku ajar English dah mcmmana aku aplikasikan teori tu dalam kelas..
'Apa kelebihan Cooperative learning nih...'

adoiii aku nak jawab dalam BM ker BI masa nih... tapi dek kerana soalan nya BM cuma term yg digunakan jer BI so aku bantai ler jawab dalam BM..

'Ok tadi awak cakap antara kelebihannya adalah melahirkan pelajar yang berani, apa kaitannya dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan'
ropanya ada jugak soalan yang berkaitan...
so aku pun goreng ler lagi..hehe

'Bagus... ini yang saya mahukan dari guru-guru baru... bukan hafal FPK tapi faham intipatinya...'

aku lega sangat masa Dato' tu cakap macam tuh.. aku berterima kasih sangat dekat lect aku masa di IPSAH dulu Mr Vello.. dia mmg suruh kami faham konsep FPK dan bukan hafal.. honestly aku tak ingat pun FPK tapi yang paling aku ingat adalah JERI (jasmani, emosi, rohani dan intelek- asas yang perlu ada utk melahirkan insan yang seimbang)

'Ok.. faham konsep 'towering personality'.. cuba terangkan dalam konteks awak sebagai guru'

erkss.... apa tuh ek.. tapi aku bantai je jawab ianya berkenaan dengan personaliti yang ingin dibentuk dan personaliti itu haruslah yang baik dan menjadi role model kepada semua...

'cuba kaitkan dengan mana2 satu PIPP'

okeh masa nih aku dah tak baper ingat susunan PIPP.. aku jawab ianya berkaitan dengan 'membina negara bangsa' tapi ropanya silap sebab lepas aku jawab tuh Dato' tu kata teras yang ke dua kot... 'Membangunkan modal insan' aku pun apa lagi Dato' dah ckap itu jawapannya so aku pun goreng lagi...

haha... kerja aku cuma menggoreng jer kan... bertuah betul...

'Ok sekarang saya nak awak ceritakan tentang seorang tokoh yang menjadi idola awak'

aku tak tau nak citer pasal sapa kecuali Tun Dr Mahathir...pas aku citer lebih kurang dia cakap

'hmm ni mesti selalu dok buka blog dia nih.. CheDet.com kan'

aku hanya senyum je dan terus sambung pandangan aku.. aku selit jugak pasal wawasan Tun, betapa dia nih seorang yang berpandangan jauh, punya ketegasan dalam setiap yang disampaikan sekali selit pasal PPSMI...

'Bagaimana pendidikan memainkan peranan dalam menuju wawasan Tun... oh ini bukan soalan berkaitan politik yer'

aku cam.. eh politik ke nih... dah terus jawab.. walaupun aku tak baper ingat tentang 9 wawasan 2020 tuh.. tapi mestilah antara lain nak melahirkan insan yang cemerlang dan mampu berdaya saing kan.. so semuanya bagi aku ada kaitan dengan pendidikan...

'Berkenaan dengan PPSMI.. apa pandangan awak sebagai seorang guru.. ramai yang tak suka nih'

tricky question... tapi bagi aku benda nih ada kebaikannya.. dan antara yang aku sebut dalam jawapan aku..

'orang hanya nampak kesusahan yang ada sekarang dan tidak kesenangan di kemudian hari'

jawapan aku terus dipotong dengan kata2 Dato'

'saya suka ayat awak tu.... susah sekarang dan senang kemudian... Bagus'

rasanya dah dua kali dia cakap bagus dekat aku.. risau pun ada suka pun ada...

'Nanti dapat duit PPSMI tuh nak buat apa'

'Ha... duit.. nak buat apa..'
'Yelah takkan nak joli jer kot.. kerajaan bagi tuh'

so aku pun cariklah jawapan yang paling berhemah...

last sekali Dato' tu tanya...
'Dah kawin'
'Sudah Dato'
'Ada anak'
'Ada 2 orang'
'Suami kerja apa'
'Cikgu jugak di Perlis.. SM Teknik Arau'
'hmm ni mesti suami pi jumpa pengarah pelajaran perlis suruh tukarkan awak balik ke perlis...'
aku senyum jer.. mengiyakan pun tidak.. menidakkan pun tidak...
'Baiklah.. saya mahu awak lakukan yang terbaik di sekolah.. saya yakin awak mampu.. sebab........ (adalah something yang Dato' ni cakap.. tapi biarlah ianya utk pengetahuan aku dah orang terdekat-apapun aku amat berterima kasih atas kata2 ini)
'Nanti balik kirim salam dekat suami'

aku lega sangat bila Dato' cakap macam tuh..
ini bermakna semuanya sudah selesai...
alhamdulillah...

aku pun amik folder aku.. ucapkan terima kasih dan salam...
dah terus keluar..
then ucapkan terima kasih dekat Encik Urusetia serta ucapkan good luck buat yang masih belum ditemuduga...

aku tengok ada hidangan kuih di atas meja..
tapi tak tau untuk sapa..

yang aku tau..
aku sangat lega..
dan aku sangat lapar..

huhu terus call Hn suruh amik...
dia pun heran kejapnya...

aku sempat call abah aku, my friend Izzul.. n smsed a few friend..
thanks to all..

0 Comments:

Post a Comment