Go confidently in the direction of your dreams! Live the life you've imagined.

February 07, 2009

Cerita Buah.....

korang layan je lah entry nih ek..
antara buah2 yang aku suka makan...



Betik ataupun nama saintiknya Carica Papaya L adalah sejenis tumbuhan saka yang mempunyai batang kayu yang lembut, tegak dan biasanya tidak mempunyai cabang. Pokok betik juga mempunyai pelbagai khasiat. Betik juga sangat berkhasiat jika dimakan.

Di samping itu berikut adalah khasiat lain betik;
Makan buah betik boleh memudahkan proses penghadaman dan mengelakkan sembelit.
Daun betik terutama pucuknya yang muda sering direbus untuk dijadikan ulam. Selain itu, air rebusan daun betik dapat melegakan perut dengan mengeluarkan segala angin.
Jika memanggang daging yang dibalut dengan daun betik, ia dapat melembutkan daging tersebut.
Bagi merawat masalah kulit seperti jerawat dan masalah kedutan, hancurkan buah betik tersebut. Kemudian tampalkan di tempat yang bermasalah setengah jam sebelum mandi.

credit to Mutiara Hikmah @ http://hikmah.azhad.com/2009/01/khasiat-pokok-betik.html

Betik kaya dengan vitamin A (kulitnya) juga kalium. Selain itu terdapat kalsium, besi, tiamin, riboflavin dan niasin dalam betik. Jumlah kalorinya sangat rendah. Nutrien -nutrien penting yang terkandung dalam betik, menjadikan tumbuhan ini mempunyai nilai-nilai perubatan yang tersendiri.

Buah betik yang ranum kaya dengan vitamin C, mempunyai kandungan serat yang tinggi. Betik juga boleh dimakan bagi melawaskan perut bagi sesiapa yang mempunyai masaalah sembelit.


adeh..
aku lapar nak makan betik ler pulak..
nak minta Hn bawak gi pasar malam lah.. carik buah betik..

kupas2.. potong2.. then sejukkan kejap.. then makan..
musti sedap kan..

hmm tak sabarnya nak makan betik..



Pisang pun sedap jugak..
ni sedikit info pasal pisang

Pisang juga boleh membantu dalam keadaan kesihatan tertentu:
Darah tinggi dan strok - pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.
Kolestrol - pisang rendah dari segi kalori lemak, sodium yang membantu merendah kolestrol.
Cirit-birit - potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.
Anaemia - anaemia ialah penyakit kurang darah. Kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.
Kemurungan - orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.
Pening-pening - cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu. Minuman ini bukan sahaja merawat malah sedap pula.

Bagaimanapun, pisang tidak sesuai bagi pesakit kencing manis. Ini kerana kandungan gula di dalam pisang adalah tinggi.

Buah pisang boleh dimakan masak begitu sahaja atau diambil semasa muda untuk dimasak sebagai lauk, digoreng, dibuat sira, dibuat pengat, dan dijadikan kerepek. Selain buah pisang, jantung pisang juga boleh dibuat sebagai ulam selepas dicelur. Pisang merupakan buah yang paling digemari penduduk seluruh dunia.

Pisang yang aku paling suka adalah pisang berangan..
huhu sedapnya..


pictures credit to Wikipedia....
layankan jer orang mengandung sorang nih..

0 Comments:

Post a Comment