Skip to main content

Pengalaman kali ini....

Birth Announcements


syukur ku panjatkan..
kerna inilah yang dinanti..
dan aku mengalaminya sekali lagi..

cuma yang berbeza..
kali ini aku melahirkan si comel ini...
secara normal dengan sedikit bantuan...

walaupun mengharap sepenuhnya normal..
namun kudrat dan daya tahanku tidak sekuat mana...
apapun aku bersyukur atas kurniaan ini..


31 mei 2009..

masih sempat ke sekolah untuk menyiapkan tugasan terakhir..
mengemaskini markah peperiksaan bulan Mei dan mengemas meja kerjaku...
sempat lagi turun ke tanah perkhemahan akt ko-kurikulum anjuran sekolah..

selesai tugasan di sekolah..
bagitau Hn aku nak potong rambut.. dah rimas... dengan panasnya cuaca..
pening kepala dibuatnya..
terserempak pulak dengan sepupu yang kebetulan bawa anak makan di KFC..
hehe...





430 pagi..

terjaga untuk rutin ke bilik air...
ada cecair coklat yang mmg dalam diam aku nantikan...
itu petanda sesuatu yang akan berlaku...
ku biarkan hingga hari pagi..
lepas sahaja Hn solat subuh.. aku ajak ke Mahsuri...
dengan mengatakan tanda dah turun...

mujur twin tidak buat perangai.. mudah diuruskan Hn pagi itu..
siap2 ... dan terus bergerak..
jam 8 lebih kami sampai di Mahsuri..
maklumkan nurse yang bertugas.. mengenai cecair coklat yang telah turun..
terus aku ke bilik bersalin..
CTG di buat... dan doktor turun melawat....
maklumkan apa yang berlaku..
aku terus di suruh naik ke wad...

wad kelas 1 dah penuh... so duduklah bilik berlima..
arghhh tak kisah lah...
lagipun aku yakin tidak lama aku di situ...



430ptg..

doktor membuat pemeriksaan.. dan bukaan dan mencecah 3cm..
aku disuruh turun ke labour room...
tiba di sana... Hn setia menemani...
setelah menghantar si kembar ke rumah MIL...
CTG terus di pasang... dan pemeriksaan bukaan dibuat...
masih lagi 3cm...
nak kata apa lagi kan.. tunggu ajelah..
Hn minta izin untuk solat Asar...
memandangkan masih lambat lagi... so Hn pun aku suruh pergi makan dulu..
sekurang2nya nanti dia ada bila tiba waktunya...


630ptg..

bukaan masih lagi 3cm.. adehhh lamanya menunggu...
Hn sekali lagi minta izin untuk balik tukar baju memandangkan nurse
cakap lambat lagi..
mungkin malam or tengah malam baru akan deliver baby..
so aku cakap ok jer...
sebelum tuh..
kami buat keputusan untuk amik epidural...
walaupun aku ingin merasai sendiri kesakitan yang sebenar..
namun aku yakin tindakan Hn yang satu ini ...
untuk kebaikan aku jugak.. sebab aku mungkin kata aku kuat..
tapi sebenarnya tidak...

doktor bius datang... dan aku rasa siapa yang penah amik
epidural tahu apa rasanya...
aku bersyukur mampu merasai apa itu epidural...
dan setelah itu.. ubat bagi mempercepatkan proses bukaan di masukkan...
melalui drip...









Comments

Popular posts from this blog

something...

Fuhh settle satu bab.. tapi yg menunggu masih ada lagi few things.. but now time to rest kejap.. lgpun mau dengan kerja nih tak pernahnya habis.. so yeah take it easy nooo.. wow, cepat jer kan masa berlalu... dah nak habis penggal persekolahan 2016.. (ayat standard cikgu2 menjelang hujung tahun)

Alhamdulillah quite a lot of things happen, byk benda yang tak jangka tapi syukurlah terima semua tuh sebagai ilmu dan rezeki yang Allah kurniakan.. in shaa Allah will do my best in all.. thanks atas kepercayaan yang diberikan..




something we're organizing for this coming December... ahli keluarga sebelah mama dari Selangor akan datang untuk family day di Perlis.. yeah it's our time to handle the program.. In shaa Allah we're planning for the best. Place to stay dah booked, now nak plan for activities pulak..




aktiviti setiap hujung minggu, in shaa Allah selagi ada daya dan kesihatan yang baik akan pi laa jenguk dorang.. mau x pi rasa something pulak.. praying they will be able to a…

Hari Keluarga AzizBanon 2016

hi all..  so last Saturday until Monday was our family day.. semua (almost laaa) adik beradik sebelah mama was here in Perlis.. kitaorang jadi host pulak tahun nih...
so we decided to have it at Tasoh Lake Resort

check tempat penginapan..




Lunch dekat Anjung Keli on Saturday..
puas hati semua makan sama2, bukan senang nak dapat kumpul gini..

lepas tu gi solat dekat Masjid Terapung Kuala Perlis... lepas Asar baru kami gerak check in dekat resort.. once da settle check in then semua rehat and jalan2 dekat Karnival Horey Horey yang kebetulan berlangsung sepanjang family day kami kat sana..


solat Maghrib dan Isyak berjemaah dan lepas tuh buat majlis bacaan Yassin dan tahlil...
seronok dapat gathering gini..

Day 2
aktiviti morning walk area Tasoh,


pastu gi Gua Kelam


lepas tuh petang pulak ada Sukaneka..
tq to Hn dengan team sebab incharge sukaneka yang happening sangat


dan malamnya pulak ada makan malam dan BBQ..


dan ucapan penutup dari Pengerusi

more pictures

https://www.facebook.com/azli…

owh bulannnn

#supermoon
thanks to Hn sebab bawa kami keluar tengok bulan malam nih..  amboiiii macam sebelum nih tak pernah keluar.. alkisah malam nih special laaa sikit kan sebab fenomena nih..

 tengok live tapi kagum.. SubhanAllah mmg cantik sangat..  tapi sebab  nak jugak simpan sebagai kenangan amiklaa gambar walaupun dalam gambar tak banyak beza dengan bulan2 yang sebelum nih
but yeah at least for my very own memory..


bolehlaaa kan...