Skip to main content

anak

okeh..
i want to share something with u guys..
mungkin ada yang penah baca entry ni di mana2 blog..
baguslah..

ini sekadar memperingati sesama saudara seIslamku..
kerana aku juga bukan ibubapa yang terbaik..
dan aku masih belajar...

Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t kepada kita hamba-hambaNya. Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.Ini mungkin di sebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak.

1. Kesilapan Pertama :

Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan atau diamalkan semasa mengandung ialah

Saidul (penghulu) Istighfar
Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3:8-9)
Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3:38)
Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)

Kurang berdoa semasa membesarkan anak.

Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah :
Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25:74)
Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan Kedua :

Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) kepada Targhib (didikan atau motivasi)

Menakutkan anak-anak dengan sekolah
Menakutkan dengan tempat gelap
Menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
Menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur

3. Kesilapan Ketiga :

Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak.
Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan Keempat :

Menegur anak secara negatif
Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama ketika marah)
Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan Kelima :

Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)
Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.

6. Kesilapan Keenam :

Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka.

7. Kesilapan Ketujuh :

Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas.
Ibu bapa tidak menunjukkan cara pemakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Kesilapan Kelapan :

Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan pelekeh.

9. Kesilapan Kesembilan :

Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan Kesepuluh :

Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.

11. Kesilapan Kesebelas :

Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama' dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang berjemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan Keduabelas :

Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.

13. Kesilapan Ketigabelas :

Membenarkan orang yang tidak elok syahsiahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.

14. Kesilapan Keempatbelas :

Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samda dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan Kelimabelas :

Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.

Comments

Popular posts from this blog

kedai baby best di Kulim..

alamak aku lupa pulak namanya.. tapi mmg best kedai baby nih.. adik aku pun siap dengan gumbira tiap kali balik kulim.. harus ke kedai baby tuh tuk beli stock barang2 adam..
pasni stock barang2 baby baru pulak kan Nurul.. hehe..
lepas je balik dari JJ.. kami singgah ke sini.. sebabnya.. nak gi tengok jugak rega tuk diapers.. aku mmg nekad nak beli jugak.. yelah aku dah masuk 34 week.. sakit2 di bawah perut mmg dah terasa.. walaupun the real contraction belum terasa.. yeke..

so before that.. kami ke Farmasi Mega Kulim.. ni pun salah satu kedai yang wajib dilawati setiap kali balik kulim.. alkisah.. sejak dari kecik.. anak2 aku kalau sakit demam batu semua.. ubatnya harus dibeli di situ.. so  beli ubat tuk Nisa... then terus ke kedai baby itu..
masuk2 jer terus tanya ada tak diapers tuk newborn (apa punya soalan daaa....) haruslah ada kan... terus je amoi cina tu bawak ke bahagian belakang kedai.. terus cekau 1 pack Huggies Ultra for newborn..

reganya RM28.90.. aku tak tau le murah ke idak rega nih.. murah kot kan.. t…

Not again...

Adik yg p cucuk alih2 abgnya yg demam. Adoiii laaa... Get well soon please my boy.. Its hurt seeing u like this

Ini kali ke dua dlm bulan nih Afi demam.. Td masa amik Afi kat umah bs, she told me Afi pun da refused makan ubat. Dia cadangkan suh amik air penawar plak kat ustaz...

Told Hn but unfortunately tmpt ustaz tuh da tutup at 5pm.. Wpun da beberapa kali Hn jumpa ustaz tuh utk ubatkan my BIL tp dia x tau umah ustaz tuh kat mana.. Hmm hopefully esok Hn akan bwk Afi g berubat. Betul gak ckp bs tuh.. Maybe sbb mkn byk sgt ubat so bdn da imun..



Jaringan dan Jalinan

my passion..
since 2016, SKTT dengan SKCJ dah jadi pioneer school untuk satu projek Kelab Doktor Muda Negeri Perlis..
Intervensi Instruktor Kecergasan  di kalangan anak2 KDM sekolah.. 

 this was like the 2nd phase of the program. 

the teachers...
"If you cant figure out your PURPOSE, figure our your PASSION. For your passion will lead you directly to your purpose."

the fasi...
with the girls.. habis program dewan besar jadi depa punya.. sakan sungguh anak2 dara nih bila ada peluang utk tunjuk bakat..
the coach..
our HM with the facilitators.. thanks all for being here with us..




"When your passion and purpose are greater than your fears and excuses,  you will find a way"
"People with great passion can make the impossible happen."
we work so hard since 830-1230... tired but worth it...
regangan asas latihan drill senamrobik tabata