Go confidently in the direction of your dreams! Live the life you've imagined.

December 23, 2009

"Curious kids need to be tough inside"



aku tergerak untuk menyertai Nuffnang Friso Gold Family Day Out sebab aku ingin hadiahkan percutian (kalau menang) untuk anak2 aku.. sebab aku merasakan ada kalanya aku mengabaikan mereka.. walaupun hakikatnya aku sangat sayangkan mereka..

dengan tema "Curious kids need to be tough inside" aku rasa tak susah tuk buat entry berkenaan cara bagaimana untuk meningkatkan daya tahan (immune system) anak2 bagi mengelakkan mereka dari serangan pelbagai jenis penyakit dan kuman...

Apa itu imunisasi... haaaa cubalah jawab.. ok aku bagitau ye.. ini aku dapat dari satu laman web

Imunisasi merupakan salah satu pencegahan dan untuk meningkatkan kekebalan tubuh anak.

pada akulah kan.. sebagai seorang ibu.. imunisasi sangatlah penting.. kerana seawal usia bayi dilahirkan lagi mereka telah mendapat suntikan bagi memastikan sistem imun badan dapat mengawal diri mereka dari penyakit pada waktu itu..

anak2 aku tidak terlepas dari jadual dan pengambilan imunisasi yang diperlukan.. memangler waktu tengok dorang kena cucuk tuh cam sayu je kan.. tapi aku yakin kesakitan itu perlu bagi mengelakkan perkara yang lebih mudarat kelak...

selain cucuk2 yang pelbagai nih.. ada satu lagi benda yang paling penting untuk kuatkan badan anak2 kita.. yakni SUSU IBU.... semua ibu di dunia nih aku percaya pernah susukan bayi mereka.. dan aku pun salah seorang dari ibu yang masih sehingga ke saat ini menyusukan anak aku.. walaupun aku tidak menyusu secara ekslusif (100%) tapi insyaallah berkat minum susu ibu nih mmg boleh elakkan anak dari pelbagai penyakit ...


tapi kadang2.. kalau dah nak sakit.. akan kena jugak kan.. mana boleh elak.. benda dah ditentukan Allah.. satu lagi mungkin kita terlepas pandang.. yelah kebersihan tempat makan.. kebersihan benda yang kita makan.. dan banyak lagi lah... jadinya bila dah sakit kenalah cari ubat kan.. aku sebenarnya tak kisah berbelanja lebih untuk kesihatan anak2 aku.. jadi aku pastikan hanya yang terbaik buat dorang..


si kecik cara si kecik.. lasak dengan caranya sendiri.. dan yang si kakak2 nih pun tak kurang hebatnya.. dorang kalau bab main bukan kira benda apa dah.. semua kalau boleh nak main.. dan aku bukannya tak bagi sangat dorang nih nak bermain (especially main dekat luar) tapi yelah kekadang ntah benda2 kotor ke apa ke yang dorang main kan.. so mudah tuh dapat penyakit.. jadinya untuk dorang.. demi memastikan dorang sihat.. aku akan pastikan...

1. dorang amik vitamin.. haaa sebagaimana yang kita sedia maklum vitamin nih kan macam supplement untuk badan.. yang mana kot terkurang boleh ler di back up kan oleh vitamin2 nih...

2. kakak dengan adik mmg tak makan sayur or buah (kecuali carrots jer) so untuk pastikan dorang cukup nutriens yang diperlukan badan aku pastikan dorang minum berkhasiat seperti Nutrigen or jus buah-buahan sebab ini pun bagus tuk badan.. sapa tak setuju angkat tanganminum banyak air masak... salah satu cara tuk buang semua toksin dalam badan betul kan.. kalau takdak toksin dalam badan so imun sistem pun bertambah ler baik..



4. pemakanan dorang pun aku jaga jugak.. macam si adik tuh.. dia tuh mmg ada masalah allergik dengan tanah (or main2 di padang).. harusla lepas balik main mesti malam tuh gatal2 kulit dia.. so aku akan pastikan lepas je balik main rehat kejap bagi hilang peluh orang kata then mandi.. tak boleh mandi lewat2 sebab nanti gatal2 satu badan...

5. masa dok kalut dengan H1N1 itu hari.. dorang mmg aku pastikan sentiasa basuh tangan dengan sabun.. haaa ni pun salah satu cara nak elak dari jangkitan kuman.. sebab kuman nih mmg suka duduk kat tangan kita esp bebudak kecik nih kan..

6. aku juga akan pastikan dorang cukup kasih sayang.. yelah kalau tak cukup kasih sayang asyik kena marah jer.. kena pukul jer.. badan yang sihat pun jadi tak sihat betul tak.. so aku pastikan setiap malam aku akan cium dorang sebelum tido... semua nih memainkan peranan.. sebab kalau dalaman dorang kuat.. datanglah dugaan macam mana pun mesti dorang boleh handle..


7. si kecik nih pun lagilah banyak karenah penjagaannya.. kena pastikan semua toys di basuh selepas dan sebelum main.. tempat dia main kena bersih.. tempat dia tido.. dan yang paling penting pemakanannya juga... sebab tuh sekarang nih aku banyak perkenalkan dia dengan pelbagai jenis sayur2.. blend dengan nasi...

haaa tulah di antara cara2 yang aku guna tuk pastikan anak2 sihat dan kuat dari dalam supaya dorang boleh lawan segala bentuk penyakit.. tapi semua ni kuasa Allah juga.. kalau dah ditakdirkan sakit.. maka sakitlah dia.. kita hanya mampu merancang.. semuanya ditentukan oleh Nya.. jadinya kata kunci kesihatan di sini adalah..

KEKUATAN DAN KESIHATAN DALAMAN MAMPU MEMBUATKAN KITA LEBIH SIHAT

Jangan takut untuk berbelanja lebih untuk membeli makanan tambahan, vitamin, produk kesihatan kerana kita tidak mahu kelak terpaksa berbelanja lebih untuk kos perubatan kita.. kan.. terutama sekali anak2 kita.. jangalah berkira sangat nak kuarkan duit beli susu mahal sikit ker.. nutrigen ker.. yakult ker.. sebab mahal sikit tapi yang penting badan anak2 kita sihat...

aku sayang anak2 aku...


0 Comments:

Post a Comment