Go confidently in the direction of your dreams! Live the life you've imagined.

December 31, 2009

yang paling .... di tahun 2009

apa ye.. let see.. bagi aku yang terbaik adalah kehadiran Afi dalam hidup aku.. selepas 6 tahun aku kembali kenal erti bangun malam.. susah payah nak bawak Afi kuar gi jalan2 and the best part is having to breastfeed Afi from day 4 till now..




sesuatu yang aku tak rasa 6 tahun lepas.. that meant something to me.. being a mother of 3 adorable and macam2 ragam punya anak2 adalah sesuatu yang to be honest memenatkan tapi inilah pengajaran yang aku peroleh selagi aku masih bernyawa dan aku amat bersyukur dengan amanah yang diberikan ini..





2009 juga dari segi pengurusan kerja aku rasa kalau bab PnP tuh masih banyak yang boleh aku perbaiki especially in term of teaching aids yang aku gunakan.. maybe aku patut mula gunakan bahan2 yang lebih multimedia.. tapi bab kerja lain aku puas hati.. banyak benda yang aku belajar sepanjang tahun.. ada benda yang aku dapat kongsi dengan rakan2 sekerja dan itu sesuatu yang aku sangat suka.. yelah ilmu nih patut dikongsi... mana boleh dok peram sorang2.. takde kemajuannya nanti....





2009 juga aku dapat lebih ramai kenalan via blog, FB... to all new mommies yang sama2 time pregnant n sama2 dapat babies tuh.. aku rasa kekadang ilmu korang lebih dari aku walaupun aku nih dah ada anak 2 sebelum nih.. seronok sebab sama2 share experience masa pregnant, then the delivery process and until now masih ralit bercerita pasal perkembangan baby masing2.. tak sangka kan.. walau tak pernah berjumpa tapi kalau bercakap bab anak2 kita jadi macam close sangat...





penghujung 2009 aku dapat durian runtuh.. semua anak2 termasuk Hn dapat habuan masing2... cuma aku masih ternanti2 what will suprise me.. alhamdulillah rezeki Allah bagi... syukur sangat.. tapi itulah betul kata orang.. duit nih bukan boleh menjamin kebahagiaan kita... so aku rela jer duit tuh aku gunakan tuk beli things that they want.... but then again.. what will suprise me...





2009 banyak juga kisah duka dalam diri aku.. tapi biarlah aku pendam sendiri dulu.. tak perlu rasa semua benda aku luahkan disini walaupun mmg tujuan aku buat blog nih tuk luahkan apa yang aku rasa dan berkongsi apa yang aku rasa.. cumanya aku belum cukup bersedia untuk semua orang membaca dan mengetahui isi hati aku.. aku cuba untuk isi blog aku dengan segala saat dan detik kegembiraan yang aku ada supaya bila aku ulang membacanya aku boleh ketawa sendiri.. dan tak mahu aku membaca coretan aku yang boleh membuatkan aku menangsi.. enough said..





apa lagi cerita 2009... aku harapkan agar pada hari penutup tahun 2009 ini aku akan lebih gembira dan dapat membuka lembaran 2010 dengan lebih baik.. semoga cacat cela sepanjang tahun 2009 ini tidak lagi berulang di 2010.. semoga kebahagiaan dan kegembiraan akan terus berpanjangan.. semoga Allah masih panjangkan usia aku untuk teruskan perjuangan dan kehidupan aku di dalam tahun 2010.. doa aku semoga 2010 akan lebih baik dan buat teman2 aku mendoakan yang terbaik buat semua.. u cheer my life a lot

2 comments:

  1. Happy new year kak iena!! may 2010 bringss more happiness to u n family...

    mmg anak ni mengubah kehidupan kite kan, walaupun penat tetapi kegembiraan itu takleh nk digambarkan dgn perkataan..

    ReplyDelete
  2. betul tuh...
    harapnya yang lebih baik di dalam tahun 2010 nanti..
    good luck to u too dear

    ReplyDelete