Go confidently in the direction of your dreams! Live the life you've imagined.

March 18, 2010

petua orang lama-lama.. ada gunanya


Hn dah kuar bawak Afi gi amik kakak2nya yang berada di rumah MIL.. sejak tengah hari tadi dorang kat sana.. memula mmg plan nak tinggal dorang dari pagi sebabnya i thought nak bersihkan rumah n kemas barang2 yang dirasakan perlu with my helper.. tapi semalam rasa cam malas pulak dah.. so tengah hari tadi baru kami gi umah MIL tu pun kebetulan Hn nak pass borang TM pada adiknya... 

dorang pulak yang tak nak balik sebabnya si makcik dah janji nak belanja makan sate.. kan tu fav anak2 aku.. so dorang pun stay kat sana while me, Hn n Afi gi ke Kangar tuk amik our helper.. ropanya dia kena bawak orang baru untuk training.. lerrrr.. kalau tak mmg plan nak kemas2 aku tuh harus berlangsung dengan jayanya.. tapi dek kerana Afi masih bersama aku so tak jadi jugak ler nak buat...




sampai rumah terus dorang berdua buat kerja... aku pulak cuba tidokan Afi sebab dia nampak cam da ngantuk (semalam kami berdua tak dapat tido) bagi dia susu dalam botol tapi dia tak mau.. tak tahulah kenapa.. sejak dia batuk ngan selesema nih susu kalau dalam botol dia tak mau minum melainkan dia betul2 nak tido or lapar, satu lagi susah sangat nak tido.. mungkin kerana tidak selesa agaknya.. sian dia.. baru je baik demam campak itu hari.. bersambung pulak dengan batuk n selesema.. 

aku googled jugak cari kot ada petua tuk ilangkan selesema n batuk or at least biarlah dia kurang sikit rasa tidak selesa tuh... and i found it here Blog MySetBersalin.Com




  • Petua gunakan kapur sirih dengan kunyit - Ambil kunyit hidup dan di gesekkan dengan kapur makan. Sapu pada sepanjang batang hidung bayi .



  • Gunakan madu- Madu mengeringkan kahak. Campurkan madu pada susu bayi atau beri mereka minum madu sedikit setiap hari.
  • Petua menggunakan daun sirih - Ambil beberapa helai daun sirih ( kalau di pekan, kedai India selalu ada di jual ) , ramas atau tekan-tekan dengan tangan dan ambil lendirnya. Sapu lendir sirih tersebut pada sepanjang batang hidung bayi.


petua dia agak mudah kan... bebarang nih pun senang nak carik.. ingat nak try guna madu tengok malam nih... sebab nak carik daun sirih n kunyit idup n kapur cam dah malam kan.. 




0 Comments:

Post a Comment