Skip to main content

sedih


di mana agaknya salah pendidikan kita.. atau salahkan ibu dan bapa yang mengasuh dan membesarkan.. atau siapa sebenarnya yang harus dipersalahkan bila ini berlaku...


Ibu dibelasah lima pelajar perempuan depan anak


Oleh Wan Faizal Ismayatim
wfaizal@bharian.com.my
2010/03/12


PETALING JAYA: Seorang eksekutif wanita dibelasah sekumpulan enam pelajar perempuan Tingkatan Lima sebuah sekolah menengah di sini, di depan anaknya dan puluhan pelajar lain, kelmarin.

Ibu berusia 33 tahun itu dikatakan diserang di luar kawasan sekolah berkenaan, kira-kira jam 1.15 tengah hari, selepas memarahi seorang daripada pelajar terbabit yang mengganggu serta mengejek anak perempuannya yang juga pelajar Tingkatan Lima sekolah itu.

Zatul Bazamah Zainal Abidin, dikatakan ditendang, dipijak dan rambutnya ditarik oleh kumpulan pelajar terbabit hampir setengah jam sebelum kejadian itu dileraikan tiga anggota polis yang tiba sebaik menerima panggilan orang ramai. Berikutan kejadian itu, Zatul Bazamah yang mengalami kesakitan di seluruh badan, membuat laporan di Balai Polis Damansara Damai.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, ketika dihubungi semalam mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan.

Arjunaidi berkata, polis juga sudah mengambil keterangan semua enam pelajar terbabit, kelmarin.

Sementara itu, Zatul Bazamah berkata, sebelum kejadian itu, beliau yang menunggu anaknya pulang dari sekolah, melihat seorang pelajar terbabit mengganggu dan mengejek anaknya.
“Saya turun dari kenderaan dan bertanya kepada pelajar perempuan itu kenapa dia mengganggu anak saya. Bagaimanapun, pelajar itu menjawab secara kasar dan bertanya siapa saya untuk masuk campur urusannya menyebabkan saya hilang sabar dan menolak kepalanya tetapi dengan perlahan.

“Sejurus selepas itu, pelajar perempuan terbabit bersama lima rakannya menyerang saya. Ketika itu, anak saya tidak dapat berbuat apa-apa kecuali menjerit dan cuba meleraikan pergelutan,” katanya.

Zatul Bazamah berkata, bulan lalu beliau juga pernah membuat laporan polis terhadap pelajar perempuan terbabit kerana sering mengganggu dan mengugut anaknya.

“Saya tidak pasti kenapa pelajar perempuan itu selalu mengganggu dan mengugut anak saya. Saya berharap pihak sekolah dan Jabatan Pelajaran Negeri mengambil perhatian serius terhadap perkara ini,” katanya.


 Aku dengar berita nih pagi tadi sewaktu dalam perjalanan ke sekolah.. sewaktu mendengar aku dah mengucap panjang.. kenapalah sampait tergamak berkasar dengan seorang insan bergelar ibu.. adakah mereka sendiri tidak punya ibu.. kasar sangatkan teguran si ibu sehinggakan sanggup mereka bertindak demikian.. disepak terajang.. Ya Allah..

takut aku membaca petikan itu.. bagaimana agaknya kalau aku di tempat berlakunya kejadian ini.. aduh... 

sebagai guru aku takut perkara ini berlaku.. aku takut orang diluar sana akan menyalahkan kurangnya pengajaran guru di sekolah sehinggakan si anak tidak dapat bertindak di dalam batas norma yang sepatutnya berlaku.. aku berdoa agar murid2 yang baru setahun jagung itu mengerti bahawa setiap tindakan yang mereka lakukan biarlah ianya suatu tindakan yang betul dan tidak menyalahi undang2 ciptaan manusia dan harapnya tidak menyalahi undang2 yang ditetapkan Allah.. 

tapi apa yang aku nampak kini.. mereka (murid2 di sekolah aku) seakan biasa mempermainkan nama ibu/bapa mereka.. memanggil rakan2 dengan panggilan (nama si ayah) seakan tiada lagi rasa hormat pada insan yang bergelar ayah.. tanpa segan silu memperkatakan sesuatu yang tidak enak pada ibu atau ayah rakan masing2.. sedih sangat apabila aku pernah terdengar murid tahun 1 memperlekehkan ayah rakannya.. 

di mana kurangnya didikan yang diberikan di rumah.. atau adakah masih kurang pendidikan yang diberikan di sekolah.. 


aku sangat risaukan anak2 aku.. mereka kini di bangku sekolah.. di zaman di mana pelajar semakin kurang rasa hormat pada ibu bapa, pada guru, pada rakan.. di zaman di mana pelajar semakin bebas melakukan apa yang mereka ingin lakukan.. semoga pendidikan yang aku berikan akan menjadikan mereka insan yang baik (aku tidak mengharapkan yang terbaik) cukuplah mereka ada rasa hormat pada orang yang lebih tua mahupun rakan sebaya..


Comments

Popular posts from this blog

House of Rugby, Arau

kalau sampai ke Arau.. jemputlaaa singgah ke House of Rugby..
  FLYHALF Lamb Chop RM15 (free iced tea/syrup)

FLYHALF Chicken Chop RM10 (free iced tea/syrup)

Nasi Ayam RENDANG TOK PAH RM5 (free iced tea/syrup)

lepas dekat 3 weeks open baru naik sign board.. semua nih kerja Hn dengan budak2 dia my part hanyalah tolong2 di dapur..

something...

Fuhh settle satu bab.. tapi yg menunggu masih ada lagi few things.. but now time to rest kejap.. lgpun mau dengan kerja nih tak pernahnya habis.. so yeah take it easy nooo.. wow, cepat jer kan masa berlalu... dah nak habis penggal persekolahan 2016.. (ayat standard cikgu2 menjelang hujung tahun)

Alhamdulillah quite a lot of things happen, byk benda yang tak jangka tapi syukurlah terima semua tuh sebagai ilmu dan rezeki yang Allah kurniakan.. in shaa Allah will do my best in all.. thanks atas kepercayaan yang diberikan..




something we're organizing for this coming December... ahli keluarga sebelah mama dari Selangor akan datang untuk family day di Perlis.. yeah it's our time to handle the program.. In shaa Allah we're planning for the best. Place to stay dah booked, now nak plan for activities pulak..




aktiviti setiap hujung minggu, in shaa Allah selagi ada daya dan kesihatan yang baik akan pi laa jenguk dorang.. mau x pi rasa something pulak.. praying they will be able to a…

Penang with SKTTians

Hello November... 
22 Okt ritu geng sekolah ke Penang.. its a day trip jer saja jalan2..
penang trip with friends was superb.. we're actually waiting for this.. we really need a break from school work and spend some time togethers.. Alhamdulillah dipermudahkanNya segala urusan kami ke sana.. 
started the journey at 830am...



singgah rest n relax kat Gurun untuk bfast... then off we go..

sonoklaaa mek nih dapat naik bas.. masa nih abg Afi n Hn gi UPM for rugby twin pulak ada di rumah my inlaw sonok dapat tengok laut kata Aisyah... yolah before this mmg lain laa rasanya  kalau naik kereta jer atas jambatan tuh.. x puas nmpk laut..

first destination was Bukit Bendera.. excited semua nak naik cable car tapi SubhanAllah punya ramai orang... we reached there around 12 kot or earlier tapi dimaklumkan at 2pm baru dapat naik... di tambah dengan hujan renyai2 time tu so we decided to move to our next destination..

 choose to babywear Aisyah even she's not a baby anymore.. dengan orang r…