Skip to main content

aku bukan bagus sangat pun


alhamdulillah dah tamat minggu pertama kursus...
so ada lagi 4 hari minggu depan..
kalinih kursus menjurus kepada pedagogi
kaedah mengajar ler lebih kurang..

waktu di maktab eh silap di Institut Perguruan dulu mmg aku dah didedahkan dengan benda2 nih.. cumanya bila jarang digunakan (yup jarang diaplikasikan) so benda tuh dah agak2 lupa... so bila attend kursus gini at least ingat ler balik apa yang perlu di buat.. selain tuh ada input tambahan yang boleh digunakan sebab masa aku buat KPLI dulu tak semua benda sempat di ajar... jadi kena belajar through experience la...


aku mengajar dah lama.. sebelum jadi cikgu aku jadi ehem.. ehem.. pensyarah dekat kolej di Ipoh n Alor Star.. waktu tuh ngajar bebudak lepasan SPM dan ada kalanya budak yang aku ajar adalah sebaya dengan aku.. hehe.. tu pengalaman yang paling berharga sebab i need to make sure yang aku boleh ajar dorang ilmu yang berguna wpun waktu tuh aku mmg tadak pengalaman mengajar dan ilmu yang aku ada hanyalah apa yang aku belajar di universiti dulu.. tu pun bila kena ajar something related to practice (contoh ajar software photoshop waktu tuh) yang sepatah haram aku tak tau mulalah cuak tak ingat... serius aku risau sangat nak ajar dorang waktu tuh sebab knowing they had learnt it from other lect before me.. tapi kuatkan jugak semangat dan aku turut belajar bersama2 dorang di dalam kelas.. mungkin juga sebab niat aku baik (mudah2an) jadi ianya dipermudahkan oleh Allah s.w.t...

lepas lebih kurang 5 tahun aku ngajar budak2 lepasan SPM (senang jer ajar dorang nih) so aku decide to change my work.. aku berazam tuk ajar bebudak kecik pulak.. semuanya kerana pengalaman mengajar yang aku ada dan juga sebab Hn minta aku buat KPLI... tahun 2007 aku dapat jugak masuk KPLI selepas lebih 4 kali mencuba... dan syukur sangat dapat wpun mmg waktu nak gi interview tuh aku sangat kelam kabut dibuatnya.. mana taknya pagi kul 7 lebih (aku masuk office time tuh) check2 internet tengok aku ada interview at 9 di IPG Perlis.. dengan segala mak nenek keperluan tak sedia.. dan rakan2 di kolej cadangkan aku pergi interview and they help alot on that day... thanks u guys.. doa kalian sangat berharga... mungkin dah rezeki aku kan dapat jugak masuk KPLI dengan kursus yang aku mahu.. Pengajian Inggeris..





cerita tuh dah berlalu.. skrg aku nak kena betulkan sikit niat aku.. so that aku akan dapat buat yang terbaik tuk mereka.. sejujurnya buat masa sekarang aku rasa the reason why i'm still here is because it's my comfort zone.. aku berharap sangat dpat challenge diri aku tuk buat something different supaya aku dapat memajukan pelajar2 aku... cam tadi waktu di tempat kursus our speaker told us yang dia sangat terkejut dengan keadaan pelajar di tahun 4 yang langsung tidak dapat membaca dalam bahasa Inggeris.. bukan sorang dua yer kawan2.. tapi nih kes satu kelas mmg tak blh baca.. so what she did was.. she train/teach them on how to read for the whole year... yupppp setahun tuh mmg dia fokus on reading semata... and then bila bebudak dah naik year 5 mmg semua boleh baca text in English... tahniah pada cikgu tersebut.. dan at that moment mmg aku rasa reading is the most important skill to teach the children... kalau budak tak boleh baca.. macam mana depa nak jawab soalan.. macam mana depa nak speaking... macam mana nanti depa nak communicate (bila dah bekerja or what so ever kan)..


tapi tulah sistem pendidikan sekarang aku rasa terlalu exam oriented... sebab tu aku rasa cikgu mmg prepare budak tuk exam.. dan bukannya tuk develop the skills in them... itu yang salah (aku pun buat jugak so aku pun salah jugak) tapi apa boleh buat... kalau budak tak pass exam we are to be blame at.. so camner tuh.. what do u think??


jadinya kursus harini menyedarkan aku bahawasanya aku perlu berubah bagi memastikan kemajuan pelajar2 aku.. aku berharap sangat untuk itu.. doakan aku yer kawan2...



tulisan aku kalinih bukanlah bertujuan untuk kondem sesapa.. semua dah cuba buat yang terbaik... aku yakin akan perkara itu.. insyaallah aku berjanji pada diri aku yang aku takkan blame my children punya cikgu kalau dorang tak boleh.. sebab aku percaya semua cikgu dah cuba buat sehabis baik.. dan aku jugak akan cuba buat yang terbaik.. kalau masih ada yang mahu menyalahkan cikgu2 diluar sana sekiranya anak mereka tidak 'menjadi' its up to you.. tapi kita kena ingat.. kita juga cikgu kepada seseorang...



Comments

Popular posts from this blog

something...

Fuhh settle satu bab.. tapi yg menunggu masih ada lagi few things.. but now time to rest kejap.. lgpun mau dengan kerja nih tak pernahnya habis.. so yeah take it easy nooo.. wow, cepat jer kan masa berlalu... dah nak habis penggal persekolahan 2016.. (ayat standard cikgu2 menjelang hujung tahun)

Alhamdulillah quite a lot of things happen, byk benda yang tak jangka tapi syukurlah terima semua tuh sebagai ilmu dan rezeki yang Allah kurniakan.. in shaa Allah will do my best in all.. thanks atas kepercayaan yang diberikan..




something we're organizing for this coming December... ahli keluarga sebelah mama dari Selangor akan datang untuk family day di Perlis.. yeah it's our time to handle the program.. In shaa Allah we're planning for the best. Place to stay dah booked, now nak plan for activities pulak..




aktiviti setiap hujung minggu, in shaa Allah selagi ada daya dan kesihatan yang baik akan pi laa jenguk dorang.. mau x pi rasa something pulak.. praying they will be able to a…

Hari Keluarga AzizBanon 2016

hi all..  so last Saturday until Monday was our family day.. semua (almost laaa) adik beradik sebelah mama was here in Perlis.. kitaorang jadi host pulak tahun nih...
so we decided to have it at Tasoh Lake Resort

check tempat penginapan..




Lunch dekat Anjung Keli on Saturday..
puas hati semua makan sama2, bukan senang nak dapat kumpul gini..

lepas tu gi solat dekat Masjid Terapung Kuala Perlis... lepas Asar baru kami gerak check in dekat resort.. once da settle check in then semua rehat and jalan2 dekat Karnival Horey Horey yang kebetulan berlangsung sepanjang family day kami kat sana..


solat Maghrib dan Isyak berjemaah dan lepas tuh buat majlis bacaan Yassin dan tahlil...
seronok dapat gathering gini..

Day 2
aktiviti morning walk area Tasoh,


pastu gi Gua Kelam


lepas tuh petang pulak ada Sukaneka..
tq to Hn dengan team sebab incharge sukaneka yang happening sangat


dan malamnya pulak ada makan malam dan BBQ..


dan ucapan penutup dari Pengerusi

more pictures

https://www.facebook.com/azli…

owh bulannnn

#supermoon
thanks to Hn sebab bawa kami keluar tengok bulan malam nih..  amboiiii macam sebelum nih tak pernah keluar.. alkisah malam nih special laaa sikit kan sebab fenomena nih..

 tengok live tapi kagum.. SubhanAllah mmg cantik sangat..  tapi sebab  nak jugak simpan sebagai kenangan amiklaa gambar walaupun dalam gambar tak banyak beza dengan bulan2 yang sebelum nih
but yeah at least for my very own memory..


bolehlaaa kan...