Go confidently in the direction of your dreams! Live the life you've imagined.

October 26, 2010

apa yang sedang berlaku..

this week minggu exam.. meaning anak2 aku pun dok kalut denga exam.. sungguh cuak aku as their mother.. mmg tiap hari2 kat umah asyik sebab pasal buat latihan dan sebagainya.. dan dorang pun gamaknya sampai dah jemu dengar perkataan tuh.. tapi nak buat camner.. dek kerana kita terlalu exam-oriented so semuanya terarah kepada pencapaian murid.. kekadang aku kesian sebab tengok budak2 sekarang dah 'no fun' in learning..








aku tak nafikan aku pun cikgu yang mengajar dorang ke arah exam oriented.. mengajar yang penting2 untuk lulus dalam periksa n dapat result yang baik.. tapi sesungguhnya ianya amatlah memenatkan.. sungguh if u're a mother or a teacher u would understand.. focus mengajar hanyalah tuk bebudak lulus exam.. letih tau.. aku ingat dulu masa aku belajar.. especially during year 1 banyak jer main gunting2 n tampal2.. tapi towards the end of the year ada jugak ilmu yang aku dapat..





belajar main2 nyanyi2.. tapi lulus jugak periksa dengan cemerlang.. tapi sekarang yang aku dok nampak kalau asyik main2 dalam kelas.. haruslah budak hanya dapat seronok tapi aku takut ilmu yang diselitkan tak dapat.. camner yer.. ke semua nih aku punya andaian jer.. yerlah aku tak berani buat sebab takut budak tak dapat ilmu sewaktu pembelajaran.. aku takut budak tengok aku jer yang syok sendiri dok kalut menyanyi, berlakon bagai sesorang kat depan kelas... aku tak berani nak biar budak explore sendiri n find their own knowledge...
adakah aku guru yang tidak berani mengambil risiko itu.. adakah aku guru yang terlalu mementingkan prestasi (exam) daripada kebolehan dan pemahaman mereka... risaunya aku takut sepanjang aku mengajar dorang tak belajar apa2.. takutnya aku ilmu yang aku sampaikan tak dapat di manfaatkan mereka..





tahun depan pendekatan baru akan digunakan tuk mengajar Bahasa Inggeris bagi murid2 tahun 1.. Fun in Learning English.. yup mmg konsep nih dah lama tapi aku rasa (bagi akulah) masih belum berjaya.. kalau kat sekolah aku budak masih lagi di 'spoon feed' kan.. mereka masih tak dapat nak berusaha mencari dan menyelesaikan masalah yang diberi sendiri.. masih bergantung harap pada guru...


aku pun tak tau camner nak endkan this story.. sebenarnya sedih dengan diri sendiri dan sedih tengok apa yang berlaku di depan mata.. usaha seumpama tidak di hargai oleh mereka.. wpun mereka masih kecil dan tidak mengerti akan pentingnya ilmu tapi kekecewaan itu ada dalam diri aku sekarang..

owh yer.. nothing to do with the pic ok.. cuma aku sedih sekarang nih


0 Comments:

Post a Comment