Skip to main content

laporan akhbar



sedikit laporan dari akhbar pagi nih .. aku amik part Perlis jer.. sebabnya aku dok di Perlis kan.. Kedah pun teruk alkisahnya.. takpelah aku redha jer terima semua nih.. janji aku n anak2 selamat


Di PERLIS, bandar Kangar paras banjir terus meningkat walaupun hujan yang bermula Sabtu lalu sudah berhenti awal pagi ini dan cuaca semakin panas.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati penduduk di daerah itu terutama di bandar Kangar bertungkus-lumus memindahkan kenderaan dan perkakas rumah masing-masing ke tempat selamat.

Ramai penduduk di bandar itu yang menjangkakan air semakin surut berikutan cuaca baik menjadi kelam-kabut apabila air naik secara mendadak terutama di kawasan-kawasan yang awalnya tidak mengalami banjir seperti di Taman Kemajuan, Taman Firdaus, Taman Hijrah dan Taman Bukit Kaya.

Beberapa jalan utama ke bandar itu turut ditutup seperti Jalan Bukit Lagi, Jalan Jubli Perak, Jalan Jubli Emas dan Jalan Raja Syed Saffi. Difahamkan banjir di daerah Padang Besar dan Arau semakin surut, namun air banjir dari daerah itu kini 'beralih' ke bandar Kangar.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis, Abdullah Ali berkata, sehingga pukul 5 petang ini seramai 4,536 penduduk seluruh negeri telah dipindahkan ke 35 pusat pemindahan.

Menurut beliau, pusat pemindahan banjir terbaru dibuka di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Ali Ahmad yang menempatkan 100 keluarga dan Surau Tebing Tinggi menempatkan 450 keluarga.

Comments

  1. Akak nak ke Penang tapi hujan je ni....macam mana nak jalan

    ReplyDelete
  2. a'ah tak best jugak nak jalan2 kalau ujan2 gini.. huhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

kedai baby best di Kulim..

alamak aku lupa pulak namanya.. tapi mmg best kedai baby nih.. adik aku pun siap dengan gumbira tiap kali balik kulim.. harus ke kedai baby tuh tuk beli stock barang2 adam..
pasni stock barang2 baby baru pulak kan Nurul.. hehe..
lepas je balik dari JJ.. kami singgah ke sini.. sebabnya.. nak gi tengok jugak rega tuk diapers.. aku mmg nekad nak beli jugak.. yelah aku dah masuk 34 week.. sakit2 di bawah perut mmg dah terasa.. walaupun the real contraction belum terasa.. yeke..

so before that.. kami ke Farmasi Mega Kulim.. ni pun salah satu kedai yang wajib dilawati setiap kali balik kulim.. alkisah.. sejak dari kecik.. anak2 aku kalau sakit demam batu semua.. ubatnya harus dibeli di situ.. so  beli ubat tuk Nisa... then terus ke kedai baby itu..
masuk2 jer terus tanya ada tak diapers tuk newborn (apa punya soalan daaa....) haruslah ada kan... terus je amoi cina tu bawak ke bahagian belakang kedai.. terus cekau 1 pack Huggies Ultra for newborn..

reganya RM28.90.. aku tak tau le murah ke idak rega nih.. murah kot kan.. t…

Not again...

Adik yg p cucuk alih2 abgnya yg demam. Adoiii laaa... Get well soon please my boy.. Its hurt seeing u like this

Ini kali ke dua dlm bulan nih Afi demam.. Td masa amik Afi kat umah bs, she told me Afi pun da refused makan ubat. Dia cadangkan suh amik air penawar plak kat ustaz...

Told Hn but unfortunately tmpt ustaz tuh da tutup at 5pm.. Wpun da beberapa kali Hn jumpa ustaz tuh utk ubatkan my BIL tp dia x tau umah ustaz tuh kat mana.. Hmm hopefully esok Hn akan bwk Afi g berubat. Betul gak ckp bs tuh.. Maybe sbb mkn byk sgt ubat so bdn da imun..



Sabun...

cerita sabun pulak.. hehe.. alkisah sejak sabun nih mula diperkenalkan mmg tak pernah cukup stok  samada di tangan mahupun di stokis.. sebab apalah sabun nih glamour sangat???

sebab sabun nih telah berjaya menyelesaikan masalah kehitaman di bahagian badan yang terlindung... seperti di bawah ketiak, leher dan peha.. muahahahahah direct to the point...
tak percaya.. haaa google tengok..
ok let me intro sikit pasal sabun nih ok
Sabun Marine Essence dari Hai O dirumus khas dengan gliserin, garam buluh (abis semua produk dah guna #garambuluh sebab mmg superb kan) dan juga pheno SFE untuk menyihatkan kulit badan.. in shaa Allah mmg sesuai untuk semua peringkat umur dan jenis kulit.Sabun Marine Essence jugak diperkaya dengan antioksidan dan minyak asli yang memberi pelbagai manfaat pada kulit. Bau dia mmg best kiranya kiranya kalau kuar dari kotak korang akan bau cam duduk dalam spa.. (at least that's the smell i smell)



more about Marine Essence

Inilah bentuk sabun nih.. Bentuk Organi…