Go confidently in the direction of your dreams! Live the life you've imagined.

December 30, 2012

December 20, 2012

December 18, 2012

Nak g mana di Terengganu dan Kelantan


salam... sihat ke korang semua...
hehe.. hujung2 dah cuti sekolah.. tinggal 2 minggu lagi nak buka balik sekolah
now busy building up the school time table
baru je siap yesterday arini dapat call ada lagi cikgu baru masuk.. 
rombak balik.. tapi tak banyak sebab aku menggunakan kuasa veto yang diberikan
tuk ubah apa yang patut.. 
tak banyak mana pun sebab cikgu baru masuk tuh opsyen BM so adjustment been 
made to all yang ajar BM dan subjek2 minor jer..

hehe seronok tau buat jadula waktu nih... tapi jgn heran tahun depan boleh 
berubah lagi jadualnya... pernah tahun bila tah tak ingat.. sampai 3-4 kali tukar jadual
sampai semua naik pening... hehe.. saya yang menurut perintah.. 
org suh saya buat saya buatlah jadual..


eh korang cuti sekolah nih gi mana..
kalau nak ikutkan kami sekeluarga belum betul2 gi holiday..
takat gi KL sebab gi umah my dad adalah aritu.. tapi tu pun sebab
alang2 Hn ada training di KL.. so takkan dia nak tinggal kitaorg kat Arau plak kan
sebab tu dihantarnya ke Kulim then my mom nak gi KL so kitaorg pun follow laaaa

cuti kalinih tak berapa berjalan sangat sebab Hn tak cuti (sek dia naik taraf jadi kolej)
so dorang ikut sistem semester.. tambah pulak dia tuh kan Ketua Warden jadi tidak boleh
tinggal asrama lama2.. hadoiiii bosan nak gila.. eh tak gila lagi.. sebab mujur lah ada 
si kecik nih yang membuatkan aku masih rasional dan ada kerja nak dibuat..
anak2 laaa agak bosan sebab selalunya kalau cuti sekolah mmg gi jalan2  
paling koman pun Langkawi..

this coming Friday kami akan gerak ke KL lagi sebab on Sunday ada weeding
di Pahang... kiranya kami ala2 berkonvoi dengan family sebab Tg Karang ke Pahang
pastu kebetulan plak Hn mmg ada training lagi di KL so nanti dia akan jumpa kami jer
kat sana... lepas kenduri kami plan gi Terengganu n Kelantan...
my family pun nak join (inshaaAllah) sebab bersambung cuti Krismas kan...
mama dan adik aku di KL dah amik cuti... horrayyyyy family holiday...

apa eh yang best di Terengganu dan Kelantan????







plz share...


love by
Azlina Majid

December 17, 2012

facebook...



salam semua..
one thing i like about facebook adalah konsep share yang dibenarkan
dalam aplikasi tersebut... 
and i learn alot from all those shared pictures yang ada kat situ
thanks alot pada orang2 yang sudi share all those
information, motivation and also those cute pictures

rasanya kalau nak carik sendiri mungkin tidaklah serajin itu
tapi dengan facebook.. alhamdulillah ada perkara2 yang dapat 
dipelajari dan yg dah lupa dapat ingat balik semula




 a good info kan.. berkenaan dengan apa yang perlu kita makan untuk sihat




 lets live life being stressless....




i dont know why but i really like this one..
tu pasal siap letak kat header lagi
peringatan buat diri sendiri agar tidak mengutamakan dunia
kerana tiada satu pun yang akan kekal abadi
 


this one pun suka and i put it as my fb cover photo
kalau orang lain suka letak pic diri and family sendiri
tapi kalinih iena nak letak something yang boleh mengingatkan diri
akan agar lebih mensyukuri nikmat dan pemberianNya





 overall selain dari dapat kenalan baru dan jumpa balik kenalan lama
get connected to each other
iena rasa facebook nih ada banyak lagi kebaikan lain
dan satu yang iena suka sangat adalah konsep sharing 
kerana kadang2 kita lupa dan alhamdulillah dengan info2 sebegini
sekurang2nya kita diingatkan semula.. 

selain tuh ramai juga guna media sosial nih untuk berniaga..
its GOOD!!!!
keep it up.. cumanya berniagalah dengan jujur.. 
berkongsilah kebaikan dan perkenalkan produk anda dengan baik
jgn ada muslihat lain..

......................................

last but not least.. janganlah berfacebooking sampai lupa diri ok
hehe....
peringatan untuk diri sendiri dan orang lain jugak..


love by
Azlina Majid
inz8799@yahoo.com @ 013 533 8799

December 14, 2012

December 09, 2012

Choc cake



Iena mmg penggemar choc cake.. 
Sejak lepas bersalinkan Aisyah rasa suka tuh semakin bertambah2.. 

Now i hv my fav choc cake dari Extra Moist Choc Cake aka EMCC.... 
Ya Allah sedapnya... Anak2 pun suka makan.. 
In just 2 weeks time da beli 15 box.. Ada yg sedekah kat kawan2... 
Tp mmg byknya habis kat rumah... 


December 03, 2012

KAP Penang




salam semua... waaa lama jugak x update nih..
actually baru abis kursus 4 days kat Penang...
membantu unit TMK siapkan modul for KAP 2013


Alhamdulillah da setel... seronok dpt jumpa kawan2
and dpt knowledge baru kat sana..
sempat jugak ke Bukit Bendera n Kebun Bungah






tempat yg sememangnya x pergi bila kami ke Penang (dgn family)
so it was nice...

pengalaman jugak wat stok susu tuk Aisyah... sbb mmg every 2-3 hours 
mesti bengkak... yor lahhh kalau kat umah mengempeng
tiba kat sana xdak haaa amik kau... kalau x pump mau demam!!!


makan durian masa tengah2 sibuk siapkan kerja
tetiba sorang participant nih ckap jom turun makan durian.
haha.. kalut semua turun makan.. mmg terbaiklaaa...
ropanya dia ada kebun buah di Penang so thats why.. boleh kata setiap hari jugak
dia dok ajak makan


dapat merasa pasembor, kerang bakar kat Padang Kota..


hehe...melihat senario di mana berpusu2 orang kedai dtg
each table tuk amik order... sampai kami x tau nak order ngan sapa
walaupun duduk hotel yg sungguh mendukacitakan

tp semua tuh di cover balik dgn pengalaman yg best
Tq to Mr Driver (nama dirahsiakan) yg sudi angkut bwk g jalan2..
Lin ngan Boss pun thanks yer..

enjoy the course n trips....



gambar masa day 1 course kat Grand Continental Penang



nih apa kes banyak benar gambar aku nih..
adoiiii

 

November 29, 2012

November 23, 2012

Garam Buluh


 cerita pasal Garam...
yup.. garam aka salt dalam bahasa inggerisnya..
semua pun pernah guna garam kan.. ishhh bohong sangatlah kalau kata tak pernah
makan garam..
sampai perumpamaan melayu pun ada menggunakan garam
'makan garam dulu dari engko' means.... 
haaa sendiri jawab...

so alkisah 

Garam, juga dikenali sebagai garam makan atau garam batu, ialah sejenis galian yang komponen utamanya ialah natrium klorida. Ia penting untuk kehidupan manusia dan haiwan dalam kuantiti kecil, namun berbahaya jika berlebihan.
- taken from Wikipedia

garam kini boleh didapati dalam dua jenis iaitu
- garam biasa
- garam buluh
ok apa yang membezakan kedua2 jenis garam ini adalah seperti yang dinyatakan di bawah


Garam Biasa : mengandungi 99% Natrium Klorida,  bersifat asid, banyak menggunakan aditif akibat proses pengilangan dan mengandungi bahan kimia.

Garam Buluh : di masak di dalam buluh secara berulang kali, ditutupi dengan tanah liat, di bakar menggunakan pokok pine pada suhu 1000 darjah kepanasan
sehingga menghasilkan cecair dan ketulan bernama garam buluh dan ianya bersifat Alkali.



gambaran mudah perbandingan di antara garam buluh dan garam biasa
- credit to www.razalizain.com

KENAPA PERLU BERTUKAR KEPADA GARAM BULUH??

Realiti Garam Biasa -
 
 sebagaimana produk makanan yang lain penghasilan garam juga tidak lagi 
selamat seperti sebelumnya.. kini pelbagai kaedah digunakan bagi memastikan
produk makanan dapat di hasilkan segera bagi memenuhi kehendak pengguna sehinggakan
ada yang bertindak mencampurkan unsur2 kimia selain terdedah kepada
pelbagai bentuk pencemaran di dalam proses penghasilannya...

melalui ujian yang dijalankan mendapati bahawa garam yang biasa kita gunakan
adalah lebih BERSIFAT ASID!!!! 
Pengambilan garam biasa selama ini membuatkan badan berada dalam unsur BERASID
dan ini menyebabkan kita mudah diserang pelbagai penyakit KRONIK
selain itu badan yang berasid juga boleh mengakibatkan kegagalan fungsi
dalaman badan...



Produk Garam Buluh -

Garam buluh yang bersifat ALKALI dapat membantu 
mengekalkan keseimbangan nutrien badan dan menjaga kesihatan tubuh yang menyeluruh. 
Ianya bertindak sebagai agen anti oksia yang membantu menyingkirkan toksin 
di dalam badan. Lebih 80 jenis mineral yang diperlukan dalam badan membantu
meningkatkan tahap kesihatan.




Mengapa badan memerlukan garam??

Garam adalah bahan amat penting dalam merawat diabetes. Ia akan membantu  mengimbangi paras gula di dalam darah dan mengurangkan pergantungan kepada insulin khususnya kepada mereka yang  terpaksa menyuntik kimia tersebut untuk mengimbangkan paras gula di dalam darah mereka. Air dan garam akan menurunkan  kadar kecederaan sampingan yang dikaitkan dengan diabetes

Garam amat penting bagi mengekalkan kekuatan dan keteguhan otot. Kelemahan mengawal pundi kencing di kalangan mereka yang mengidap masalah kebocoran air kencing yang tidak direlakan mungkin disebabkan oleh kurang pengambilan garam.

Garam adalah unsur hebat untuk “menentang tekanan”.

Garam amat penting untuk melupuskan keasidan di dalam sel, khususnya sel otak. Jika anda tidak mahu menghidap penyakit ‘Alzheimer’, jangan berpantang dengan garam, dan jangan biarkan mereka bebankan anda dengan ubat penggalak kencing berlanjutan buat selama-lamanya.



Rasullullah setiap kali menggembara akan memamah sedikit garam sebelum mengambil makanan atau minuman. Ini bertujuan untuk menstabilkan badan, meningkatkan ketahanan/imiun badan kerana setiap bumi/ tempat mempunyai udara, magnetik dan hawa yang berlainan. Dalam kitab perubatan Islam ada menyebut ia dapat mengembalikan tenaga yang hilang semasa perjalanan. Cara Rasullullah ini telah menjadi amalan oleh pengembara/penuntut ilmu atau sesiapa sahaja yang bermusafir.


Bagaimana menggunakan Garam Buluh??

kaedah penggunaan adalah sama seperti penggunaan garam biasa, samada
dalam proses penyediaan makanan, pil ataupun sebagai minuman.




Sangat sesuai digunakan didalam masakan makanan pengidap darah tinggi.

sekian untuk perkongsian kali ini.

 Kepada sesiapa yang inginkan sample garam buluh
boleh hubungi iena.. am willing to give you sample for free.. 
kita berkongsi perkara yang baik bagi memastikan kesihatan yang lebih baik..
bukan menjatuhkan mana2 pihak tapi sekiranya ada yang lebih baik
kenapa tidak ??


Azlina Majid
inz8799@yahoo.com @ 013 533 8799 / 019 479 5730

November 22, 2012

Pretty



 Sekarang mcm kesukaan kan mengenakan riben comelsss nih kat kepala baby girls... 
Yup mmg sweer jer bila tgk baby girl pakai riben gini. 



Masa mula2 dulu mmg nak sgt beli tp memikirkan 
adakah aku cukup rahin nak letak kat kepala Aisyah buat aju pikir 2-3x jugak...

Tp akhirnya aku beli jugak 1 dozen 12 piece masa pergi KWC haritu... 
X tahan tgk riben yg comel nih.. So yeah i bought it and sempat pakaikan Aisyah beberapa kali... 




Tp dek kerana kami xdelah ke mana sgt cuti nih so most of the time the ribbon were there inside a bag..
x kuasa plak nak pakaikan dlm rumah jer... Hehe.. 
Apalah aku ni kan walhal blh jer pakaikan bukan ada masalah apa pun..

November 16, 2012

November 02, 2012

Sblm tido




Salam semua..



 
 
Skrg nih sblm tido mmg mnum susu cmpr horlicks.. Kalau lagi rajin campur dgn oat. Tp sbb td da dinner agak berat so xnak tmbh oat. Alkisah ms pregnant dulu pun x serajin nih minum susu... Tp mungkin sbb resepi baru nih so susu jd sedap n yummy.. 
 
Wpun siang x tido sbb kdg Aisyah x tido-perah susu-xleh tido-kemas umah tp so far mlm mmg jarang laaa tido awal. Da dua mlm tido kul 2, pastu bersambung jaga sbb Aisyah nak susu jadinya tido mmg x cukup laaa.. Tp mujur jugak sbb skrg pagi x ke sekolah so blh lajak lewat skit. Itu jer nak tulis.. 
 
Owh satu lagi esok kalau kelapangan yg duduk area alor star-perlis jomlaaa ker babywearing meet up d Alor Star. Adoiii lupa plak  kedai tuh.. Free jer.. Jom!!
 
Published with Blogger-droid v2.0.8

November 01, 2012

Islam itu Indah dan Mudah

Cara senang utk dptkan pahala
walaupun slps mati .

Pasang kipas di surau/masjid
wlaupun 1 , setiap kali org guna ,
anda dpt pahala walau slps mati .

Derma kerusi roda di hospital . Setiap kali psakit guna , anda akn dpt pahala .

Beri baju kpd org , setiap kali org pakai , anda dpt pahala .

Beri makanan kpd org , anda dpt pahala selagi makanan itu mnjadi darah dagingnya .

Menyampaikan ilmu yg bermanfaat , selagi mereka mengamalkan pahala anda tetap ada .

InsyaAllah yg penting keikhlasan kerana Allah semata2...

7 kalimat yg harus di biasakan..

1.Bismillahirrahmannirrahim-Setiap hendak melakukan sesuatu.

2.Alhamdulilah-Setiap habis melakukan sesuatu.

3.Astagafirullah-Jika melakukan sesuatu yg buruk.

4.InsyaAllah-Jika ingin melakukan sesuatu pada masa yg akan dtg.

5.Laa hawla walaaquwwata illaah billaah-Bila tidak dpt melakukan sesuatu yg agak berat/melihat hal yg buruk.

6.Innalillahi wainna ilaihi rojiun-Jika melihat/menghadapi musibah atau menerima khbr kematian.

7.Lailaha illallah muhammadurasulullah-Bacalah siang dan malam sebanyak-banyaknya.

Ada 2 pilihan utk anda :

Rasulullah bersabda,"Barangsiapa yg menyampaikan 1 ilmu sja dan ada org yg mengamalknnya,maka walaupn yg menyampaikan sudah tiada(meninggal dunia),dia akan tetap memperoleh pahala..

Amiiin ya rabbal alamin.Semoga bermanfaat ilmu yg dikongsi..

Published with Blogger-droid v2.0.8

October 31, 2012

October 29, 2012

Hari Raya Korban





salam....
waaaa masih berehat di rumah ke? Hows raya haji aka Aidiladha?
byk ke makan daging korban... makan smp pening...
 
 

alhamdulillah masih berpeluang beraya bersama keluarga
kalinih kami beraya d Kulim... selalunya raya haji
kami akan beraya di Perlis, umah IL mmg setiap tahun buat korban
 


then masak2, makan ramai2 jemput jiran tetangga and adik beradik belah ayah (FIL)...
tapi tahun nih sbb Hn x buat korban makanya kami balik Kulim..
 
me?? Of coz mode HAPPY!!!!
rasa dahnlama x balik ke sana... last raya aritulah b4 bsalin..
pastu nilah baru nak balik... mujur Aisyah x meragam dlm kereta..
half of the way she slept in her car seat and the rest di pangkuan sbb
asyik nk mengempeng jer.. x nak lepas...

ok so smp umah around 5pm gitu... my sis pun smp last nite dgn my dad
cuma adik laki jer x balik sbb kebetulan thn nih raya sblh mentua dia
mlm mama n adik buat rendang n gulai daging, kuah kacang
rebus nasi impit, they bought ketupat palas d pasar...
iena belikan extra moist choc cake tuk raya nih..
 
 
 
yummy 


esoknya raya mcm biasalah solat sunat semua
but i didnt go sbb the kids sapa nak tgk kan...
so the rest of the day
just makan2 and lazying around watching movies and bla bla bla

the next day baru g visit relatives
more makan2...
and that nite (saturday) we went to Tesco
hehe time to wrap Aisyah again...
i like eventhough sometime rasa cam x konfiden
tp as long as Aisyah nampak comfortable in it then shud be ok
 
 
 
did some shopping (HN n Afi yg g membeli)
while me, mom and sis g survey shoes

my sis yg nk beli shoes... so dptlaaa
balik umah layan paranormal act 2 & 3
serius sblm nih x pernah tgk tp dgn bantuan adikku yg dah pernah tgk
mlm tuh km layan citer tuh...
huhu mmg scary wa ckp lu
Annisa kebetulan tertgk naaa hamik mlm tuh terus xleh tido
iena pun cam terasa2 jugaklaaa
tu pun my sis ckp mujur x tgk yg first kalau x lglaaa

the next day, km balik Perlis around 12 noon
sbb ada kenduri umah pakcik Hn and got some bad news
MIL kena gigit ngan kucing smp bengkak kakinya..
now xleh jln da sbb bengkak tuh...
more reasons not to allow cat at home...




October 24, 2012

tidolah sayang





salam semua...
selamat bekerja sblm semuanya mula bercuti for Aidiladha

so now tgh try to tidokan Aisyah... 
sebab i need to take my shower, cook
yup a bit late sbb smlm kul 2 baru tido siapkan marking paper
final exam bebudak... bg tuk solat Subuh then tido balik
dengan si kecik... and now dia xmo tido2 lagi.. hmm tunggu jerlah






October 20, 2012

Day 43 : Terkejut

Salam... Pergghh pagi nih terkejut dibuatnya. Apa cerita?? Haaa just a short one sbb pengalaman pertama nih...

So just now since Aisyah masih tido iena pun nak pump laaa susu... Tetiba jer dengar bunyi lain dr yg lain... Tgk2 ada susu masuk dalam tube yg bersambung ke motor pump.. Adoiii terus tekan button off.

Never happen before this, so mmg cam 'jgnlaaa rosak ke apa'. Tp td try pump lagi cam ok jer...

Published with Blogger-droid v2.0.8

October 19, 2012

Day42 : My Story





salam....
day 42 of my confinement... waaa menghitung hr plak
xderlah beria sgt nk tunggu habis pantang coz everyday is the same
cuma hopefully pas abis pantang nih senang skit laaa nak move out n about
especially nak g beli brg rumah, stokis nk amik barang
and nak sgt g spa!! nak g buat body scrub, facial and hair treatment
 
 
okay itu citer pasal iena... now an update on baby Aisyah
as u know previously i did wrote on hee weight problem kan
so on wednesday we went to INS to meet her paed
mujur sempat sbb dia ada d klinik until 1pm jer
 
so we talked to Doc Lim about her condition, her prev visit to Hosp Kangar
and so on... 
lepas doc periksa Aisyah... he came out with few conclusion
 
 
1. Aisyah adalah ok secara keseluruhannya cuma perkembangan dia saja
yg tak berapa ok. Berat and tinggi kurang memuaskan tp ukur lilit
kepala is ok - dibandingkan dgn ukuran semasa lahir
2. pemakanan (susu ibu) tidak cukup tuk cover pembesaran Aisyah
secara keseluruhan sbb tuh berat n tinggi x naik
 
at one point mmg iena lega jugak sbb she is ok
sbb doc mg ada sebut satu reason kenapa berat tak naik adalah sbb 
masalah jantung (owh my masa nih aku da pucat okay) 
tp syukur doc ckp she is doing fine xdak apa2 masalah itu
cumanya masalah yg dia nmpk adalah x cukup susu
 
hmm if u asked me, mmg so far iena fully bfeed dia.. x campur 
sbb mmg rasa cukup tp mungkin dek kerana khilafnya diriku ini
anak sendiri jd mangsa kurang berat badan...
Aisyah mmg lepas mnum akan tido n lepas puting sendiri so i assume
dah cukup susu, dia kurang meragam, aktif 
 
tp bila doc kata Aisyah need at least 3oz/session and so far imonly
managed to pump 1-1.5oz every session dr situlah timbul rasa akulah 
penyebabnya... doc suggest to top up dgn formula
HN siap beli susu yg doc suggest.. balik rumah iena still dlm dilema
either to use the formula or not sebab iena sgt berharap,tuk bfeed
Aisyah secara ekslusif.... at first mmg x guna formula sbb iena fikir i still
have my frozen ebm..
 
tapi dek kerana satu panggilan telefon iena ubah niat iena tuk
bfeed Aisyah secara ekslusif... iena xnak jd seorang yg sombong,
iena xnak nanti bila apa2 berlaku iena dipersalahkan...
hr ke 41 Aisyah mula diberi formula utk pastikan berat Aisyah akan naik
hmm wpun hati masih rasa sgt ralat n i even cried when i made 
that decision, tp perancanganNya lebih baik...
harap semua org akan happy dgn keputusan ini...
 
iena cuma harap lepas nih iena dpt terus susukan Aisyah
semoga Allah perkenankan impianku yang satu ini
terima kasih buat mommies yg byk mbantu bagi sokongan pada iena
 
 
 
owh i am not obses with breastfeeding 
cuma ini salah satu impian iena sejak dr waktu mengandungkan
Aisyah lagi... cuma sokongan tuk iena x cukup kuat...
takperlah.... itu story iena...
 
and i want to share this.... bukti betapa hebatnya susu ibu..
 
 

October 18, 2012

Day 41 of my confinement



Salam... Alhamdulillah masih bernafas sehari lagi di bumi Allah. Kejap jer da hari ke 41 berpantang.. Haha lagi nak abis lagi ke laut pantang larangnya... Socks da on off ikut dan jer, mandi pun da ngan air sejuk jer - well we dont have water heater and time nak mandi is either waktu aisyah tido or waktu dia dimandikan. So kalau waktu dia mandi, iena nak kena masak air semua dulu so agak leceh... Baby bukannya mandi 2-3 jam so end up mandi jer air biasa.


Badan mmg kdg rasa cam bisa2, sejuk and lenguh2, tp apa blh buat. I've to manage all by myself. Bab mkn so far iena rasa masih kategori bpantang laaa sbb xdelah makan lauk grand2 pun biasa jer ikan temenung, bilis, sawi, lobak, daging, ayam... Itu jer. Blame me sapa suh x pandai masak!!! Wakakaka


Da blh pakai full set PB (alhamdulillah) tp dek bergelut nak tgk baby nangis itu ini so kdg pakai full kadang cukup dgn girdle n waist nipper jer... Dlm pantang iena amik lactolite and maharani.. So far boh are helping me in their own way..





Please dong... Lain org lain kesannya.. Apa benda pun sama jer... So for me both are doing just fine. Jgn dok kondem apa2 produk kalau korang x cuba n pastikan korang cuba barulah korang tahu...




Owhh pasal Aisyah g melawat INS!!!! Tp next entrylah...

Published with Blogger-droid v2.0.8