Go confidently in the direction of your dreams! Live the life you've imagined.

September 26, 2013

my work..



salam semua..
masih di sekolah.. harini kan Khamis.. so anak2 ada kelas KAFA..



tengok kat parking dah lengang... semua pun dah balik..
tinggal yang berkenaan jer..


while waiting these are my works..
nak buat letter tokens utk reading lesson..
dah print, laminate and now sesi nak potong2 plak



awal tadi dah siapkan these dices.. hehe.. budak belum pernah guna lagi
sebab baru buat tapi tadi sempat ler 2-3 tangan yang menyambar..
takper nanti teacher buat lagi..

kalau buat game dalam group mesti budak2 suka




ok laaa nak p potong huruf...
daaa..


Tazkirah





Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak
yang liar.
----------------------
Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga
harta dunia.
--------------------------
Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang
menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar
kerosakan yang mahal.
-----------------------
Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak
pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.
-----------------
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik
dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman
dan terjaga segala.
-------------------
Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang
panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.
---------------------
Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki
yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak
dijangka.
------------
Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa.
Bertawakal.
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil

Pinjam 1 minit, baca ayat ni
"Hasbi Rabbi Jalallah..
Maafi Qalbi Ghairullah..
Nur Muhammad Salallah..
Laa ilaa ha ilallah 3x
Muhammadur Rasullullah"

September 24, 2013

tepu...



salam semua.. so what to write.. 
hmm last week di Penang and now am back at school..
kerja macam biasalah tak pernah surut.. not going to complaint about it..

right now am still at school waiting for my twin habis kelas KAFA..
alhamdulillah at least they have proper class on that.. kalau kat umah
mungkin tak sempat aku nak ajarkan dengan details so at school hopefully
they learn something..

tapi kekadang tuh kesian jugak both the ustaz and ustazah and also the pupils..
one whole day kat sekolah belajar jer... dari 745 until 430pm..
huhu mau tepu kepala otak kan.

apa yang berlaku sekarang.. tengok budak2 lebih banyak menghafal jer.. 
berulang kali dengan rukun iman, rukun islam, pelajaran tentang solat..
kadang2 tuh geram jugak tengok budak yang lari sana sini waktu kawan2 lain tengah 
solat, buat bising... tapi imagine if we're in their shoes.. mesti penat kan..

while waiting, iena siapkan laa kerja yang ada nih..
mark buku, masuklam eviden, prepare for tomorrow lesson...
hmm kadang mmg rasa letih but i have too...

September 21, 2013

September 19, 2013

Homeschooling


lately suka sangat baca blog ini.. 

bestnya kalau dpt practice the homeschool tapi apakan daya..
but then again 
mmglaaa kita dok buat jugak homeschooling jugak kan..


blog dia ada bab recipe.. ada bab art, bab geographic 


terjumpa blog nih masa cari bahan tuk mengajar.. hehe pastu terus
tertarik.. banyak gak idea yang boleh digunakan utk mengajar
yg best tuh sebab bahan2 pengajaran dia very nice and attractive


alkisah masa nih dah abis presentation so while waiting and listening to other
group punya presentation hehe buat ler kerja lain..


oklah bukan nak tulis panjang2 pun.. 
babai...

September 17, 2013

off to Penang again..



salam semua... Alhamdulillah another beautiful day for us..
in shaa Allah kejap lagi dah nak gerak gi Penang for another course
LINUS for year 2 plak...
alhamdulillah masih diberi kepercayaan untuk menimba ilmu 
dan kemudiannya berkongsi dengan rakan2 sejawatan...

same place like earlier this year... dekat Naza Tallya Penang...
hahaha... mujur iena suka hotel tuh..  i love the view...

so kena tinggal laa lagi anak2 dengan abahnya... Hn pun baru je balik dari Johor
yesterday at 5am dia sampai... so yesterday kami bawak laa anak2 kuar gi Tesco AS
dapatlah dorang main dekat indoor park tuh... 
Aisyah pun ok jer yesteday tapi macam tahu2 jer mama dia nak tinggalkan dia
so semedang ler nak didukung... but i love doing it.. love being close to her

this morning... pas mandikan n bagi susu.. hantar ke rumah babysitter
masa nak bagi tuh dia nangis.. as if she knows that her mommy nak tinggal dia p kursus
huhu.. sedey laa kejap dengar dia nangis tuh but kejap jer.. 

ala sebelah rumah jer so mmg boleh dengar laaa dia nangis ker dia main ker...
pesan jugak dekat Mak Na to look after the kids masa Hn sekolah..
yerlah being a warden masa dia kadang2 tak tentu di rumah..
the twins mmg laaa boleh diharapkan tuk tgk2 kan adik.. 
but sometimes ikut mood dorang jugak..

just hoping that everything will goes well...
as for me... semoga dapat timba ilmu sebanyak mungkin.. 
and enjoy the course ( i will sebab dapat tahu kawan2 yang p ada yang pernah attend course sekali)

September 16, 2013

September 14, 2013

Sabtu kami...



Bermula dengan hantar twin ke rumah ustazahnya sbb dorang ada Mahrajan j-Qaf peringkat negeri di SK Arau... X boleh laa nak hntr ke sekolah sbb its early and nak bwk Afi n Aisyah sekali.. So tumpangkan dekat ustazah senang..

Around 830am barulah the three of us pulak gerak ke sana.. 


First time laaa Aisyah duduk atas car seat nih.. Ingatkan nak meraung2 tp x jugak cuma nangis time iena keluar kunci pintu rumah jer.. Ini carseat abg Afi so rasanya dah boleh pass pada Aisyah. 


Nangis laaa jugak sikit masa stop abb lampu merah.. Tp sambil2 nangis tuhasih lagi dok goyang2 kaki cam happy jer. 

Sampai terua cari kawan2.. Mujur jugak belum mula lagi pertandingannya.. Our PKP dpt no 6 giliran membuat persembanan.. Oklah bagi depa tgk dulu puas2 sblm smp masanya..


While waiting biasalah anak bujang melasak sana sini.. Dah bwk game tp jemu gamaknya so mula buat perangai.. Belikan air sbb katanya dahaga.. Lupa jugak nk bawak air dlm botol dia.. 

Sebelum sampai giliran ustaz n ustazah bawak dorang keluar tuk final touch up





Lepas jer persembahan habis iena terus balik sbb Aisyah dah tido and Afi pun kalut dah nak balik.. They did quite good tapi tgklah nanti apa keputusannya.. Semua team pun hebat2 belaka...


September 12, 2013

September 11, 2013

Hujan...



Assalamualaikum.. 

hmm hujan jer sejak dari kemarin.. walaupun hujan nih rahmat dari Allah tapi risau jugak sebab dok tengok air di sungai depan sekolah dah makin tinggi.. kalau naik ke atas jalan lagi laaa mencuakkan diriku.. huhu.. mungkinkah musim hujan sudah tiba?? mudah2an segalanya di dalam perlindungan Allah s.w.t..



now still at school.. around 230 kot balik harini sebab ada aktiviti ko kurikulum.. anak2 mungkin lewat lagi balik sebab dorang ada latihan untuk pertandingan Sabtu nih..Baru je lepas selesai semakn nama dan pengesahan guru dalam sistem PBS.. huhu risau gak memikirkan sesi persekolahan yang dah hampir ke penghujungnya namun masih ada guru yang belum 100% faham ttg PBS.. aku lak yang risau...

yerlah.. semua dibawah tanggungjawab aku.. kalau slack nanti mungkin aku juga yang akan dipersalahkan wpun latihan dan bimbingan telah diberikan.. tetiba teringat lak lirik lagu Guru Malaysia.

 Amanah yang diberi, 
Kami tak persiakan, 
Apa yang kami janji, 
Tunai tetap kami tunaikan

i will do my best and hopefully others too.. 

ok.. nak share apa lagi yer... tadak dah kot.. nanti pulak kalau ada idea k





September 08, 2013

The cake



      

Ameera Aisyah's birthday cake
Hn yang beli.. Not bad sbb kami pun menjamu anak2 murid Hn


masa nih kondisi kek masih ok sblm dikerjakan Aisyah
She actually put her fingerprint on the cake lepas nyanyi lagu
Happy birthday dekat Aisyah...

Alhamdulillah semua da selesai... Spaghetti da abis cuma sauce berbaki sikit lagi
Xper nanti rebus skit lagi boleh makan...
Kek pun dah pass to neighbours dlm sekolah..




September 07, 2013

September 06, 2013

Back to the past



Salam semua... Hehe dua tiga hari ni rasa seronok plak sebabnya kengkawan masa sekolah menengah 1995-1996 buka group di Fb... Ya Allah dok senyum sorang2 bc segala komen n post kat situ.. Yolah its been 17 yrs wehhhh... 

Zaman sekolah mmg best kan... Tambah2 yang duduk d hostel.. Dengan kawan2 dan cikgu2 most of the time. Macam iena since form 1 lagi dah duduk hostel so mmg no problemlaaa.. Bila dah masuk group keluar laaa abis cerita2 lama.. Hehe.. Kenangan terindah.. Kemesraan kembali terjalin... Yang best tuh kalau the girls boleh lagi cam muka tp the boysss alamak siap kena tgk profile pic lama2 baru kenai.. X pun tgk balik gmbr zaman sekolah...

Mcm kami (kelas iena semua girls) mmg jadi sasaran laaa sbb sekolah vokasional kan ramai boys... Bab mendenda cikgu2 mmg x bagi can laaa... Catwalk satu sekolah dgn buku atas kepala, menaip dlm longkang, berjemur tgh panas... Wpun malu tp apa leh buat zaman kita belajar dulu semua takut kat cikgu...

Hmmm bestnya....

September 05, 2013

September 03, 2013

Puasa...





Salam semua.. selamat pagi... huhu awal aihhh berbelog.
while waiting for my class to start... hmmm

am on my way to complete my puasa 6 di bulan Syawal..
today is my 4th day.. in shaa Allah 2 more days to go..
mudah2an dapat laksanakan..


mmg lain rasanya berpuasa di bulan Ramadhan dan bulan2 selainnya..
kenapa yer??
mungkin sebab kalau di bulan Ramadhan semua berpuasa bersama2
tapi kalau puasa sunat or qadha.... kita buat sorang2 diri.. or maybe with only our family member
and friends.. 
dugaannya mmg lain kan... hehe... that is why asyik bertangguh jer nak completekan 
puasa kali nih..



how about you... dah complete ker??
takperlah ini hanya amalan sunat.. tapi kalau dapat dilaksanakan bagus jugak kan..
in shaa Allah me n Hn are planning to berpuasa setiap isnin dan khamis...
mohon dipermudahkan...

September 02, 2013

Pity me... and same goes to you...


just nak luahkan rasa sedih tentang perangai budak2 kelas yang satu nih.. huhu i know i shouldnt do this.. but i need to let it out.. at least here...

kalau nak dibandingkan zaman belajar dulu dan sekarang mmg totally different kan.. kalau dulu kita hormat pada guru, takut pada guru dan alhamdulillah berkat rasa itu kita menjadi insan seperti sekarang... not saying sekarang tadak yang menjadi tapi ada kurangnya... kalau zaman mak ayah kita
dulu mungkin lagi hebat peranan guru dan penangan guru tapi sekarang... 

contoh macam kelas yang iena ajar nih.. adoiiii dah tak boleh nak manage dah rasanya... tegur harini esok buat lagi.. kadang tuh takyah tunggu esok dlm 20 minit pas kena tegur buat balik.. dilayannya guru umpama kawan2 sekelas.. bahasa percakapan dorang adoiiii sakit hati mendengar.. lagi ditegur esoknya di buat lagi.. huhu sangat sedih...

macam tadi iena suruh salin jer karangan di depan.. satu group budak nih boleh dok bersembang..
ok fine.. ditegur baik sekejap.. salin laaaa 2-3 baris... pastu sembang lagi..
kita cakap ok fine dah nak sembang go ahead, tapi tolong salin...
tak lama pastu sembang lagi... kalinih lagi rancak.. 
(mmg tak menggangggu rakan2 yg lain sbb dorang duduk dalam group tapi annoying kan)
so i give them each satu rotan.. haaa tahu laaa kejap bahasa..
tobat, ampun semua keluar..

tapi lepas tuh ....

lembut sangat kah aku dalam mengajar dorang..