Go confidently in the direction of your dreams! Live the life you've imagined.

January 22, 2014

Musim sejuk di Perlis...


just something to share with you readers..




Berlainan tahun lalu yang menyaksikan kepanasan 
melampau melanda Perlis, kini penduduk berdepan ‘musim dingin’ 
pada sebelah malam.

Kesejukan luar biasa itu dijangka berlarutan sehingga Tahun Baru Cina
sekali gus membolehkan penduduk negeri itu merasai
cuaca tanah tinggi buat sementara waktu.
Untuk tempoh dua minggu akan datang,
Perlis dijangka mencatatkan suhu antara 24 darjah celsius hingga 34 darjah celsius.


Menurut laporan kaji cuaca, Perlis mungkin mengalami hari paling sejuk
pada Sabtu ini (25 Januari) apabila Kangar dijangka mencatat suhu
paling rendah 20 darjah celsius.

Jurucakap Jabatan Meteorologi pula memberitahu bahawa
Perlis sedang mengalami musim berangin dan keadaan itu
akan mempengaruhi ‘rasa sejuk’ penduduk negeri tersebut.


Untuk maklumat, Perlis sebelum ini turut mengalami cuaca luar biasa
pada tahun lalu apabila mencatatkan suhu tinggi yang
mencecah 36 darjah celsius pada April, Mei dan Jun.


0 Comments:

Post a Comment